Free shipping for orders over RM200.00
RM400.00
HEXA Caviar Siberia Sturgeon 30gm
Price RM400.00
Product SKU product-15062019
Brand Hexa Food
Availability In Stock
Quantity
Description
Highlight

Will be shipped within 14 working days!!!

 

Produk: HEXA CAVIAR SIBERIA STURGEON 30g

 

Penerangan

  • Hadiah terbaik untuk orang tersayang. Berikan mereka pengalaman berharga seperti yang lain!
  • TRUE STURGEON roe, tidak mengandungi pengawet.
  • Warna hitam/kelabu dan sedikit hitam/coklat.
  • Mentega dan Garam Laut.
  • Halus.
  • Penghantaran akan dilakukan di bawah jagaan yang telah dikhaskan dengan suhu yang telah ditetapkan.
  • Penghantaran secara PERCUMA.
  • Produk ini mesti disimpan di tempat yang dingin.
  • Produk ini adalah OEM untuk Hexa Food Sdn Bhd.
  • Produk Malaysia.

 

Caviar adalah telur ikan yang disaring untuk menghilangkan tisu lemak dan saraf dicampurkan dengan garam tanpa iodized. Ini adalah kaedah pemeliharaan dan pengawetan yang masih digunakan sehingga hari ini. Caviar dianggap sebagai makanan istimewa dan biasanya dijadikan sebagai hiasan dalam makanan atau spread.

 

Caviar ataupun dikenali sebagai Black Gold adalah salah satu dari makanan yang termahal di dunia. Harganya boleh mencecah sehingga USD 35K Per Kilo.

 

Pada kurun ke-19, Caviar bukanlah sesuatu yang popular. Ia terlalu banyak sehingga diberi secara percuma. Di Europe pada waktu itu Caviar diberi makan kepada haiwan ternakan ataupun dibiarkan di buang di laut.

 

Caviar sangat sukar untuk dijumpai sekarang, untuk dapatkan yang asli ia haruslah telur dari baka sturgeon. Terdapat 27 spesies di Amerika utara , Europe dan Asia. Namun kerana terlalu banyak tangkapan dan kemusnahan habitat, IUCN (International Union for Conservation of Nature) meletakkan 18 dari spesies diletakkan dalam RED List spesies terancam menjadikan sturgeon haiwan paling kritikal terancam berbanding spesies lain.

 

Pada kurun ke-20, kesukaran untuk mendapatkan ikan dan telurnya secara tidak langsung telah menaikkan nilai pasarannya, seekor ikan mengambil masa 8 hingga 20 tahun untuk matang bergantung kepada spesies ikan tersebut.

 

Majoriti caviar datang dari ladang sturgeon. Pada tahun 2004 hanya ada dua ladang sturgeon di dunia tetapi kini terdapat lebih dari 2000 ladang sturgeon.

 

Caviar secara traditional dihasilkan dari tempat seperti Russia atau Iran tetapi semenjak beberapa tahun lepas, beberapa dari caviar terbaik di dunia datang dari China. China kini telah menjadi pengeluar 60% dari pasaran dunia dan menjadikan China pengeluar terbesar di dunia.

 

Cara makan gaya French:

  • cara untuk makan Caviar gaya French adalah dengan meletakkan di bahagian belakang tapak tangan kerana suhu tangan akan panaskan Caviar secara perlahan.
  • Jangan gunakan sudu besi kerana ia akan merosakkan rasa Caviar. Kebiasaannya dimakan menggunakan sudu dari bahan semula jadi seperti kayu, tulang ataupun sudu yang dibuat dari kulit cengkerang Mutiara.
  • Pertama sekali Caviar harus dimakan terus secara kosong tanpa tambahan bahan lain
  • Caviar haruslah dimakan sewaktu ia sejuk supaya rasa kekal segar.
  • Untuk pertama kali makan Caviar jangan kunyah tetapi tolak Caviar ke lelangit mulut menggunakan lidah supaya ianya pecah dengan lembut.

 

Bahan-bahan

Sturgeon roe Siberia

 

Cara Penyimpanan

Produk ini sangat sensitif. Oleh itu, ianya mesti disejukkan apabila diterima. Caviar di dalam tin yang tidak dibuka boleh bertahan sehingga 2 bulan jika suhu dikekalkan pada 2ºC. Digalakkan diambil dalam tempoh 3 hari selepas membuka tin.

Kami mengesyorkan anda menyemak saluran Hexa Food YouTube "https://www.youtube.com/user/HexaFood" atau halaman Instagram "https://www.instagram.com/hexafood/" untuk video resipi mudah.

 

Welcome to HEXA Online Herbs & Spices Shop!

Here you are able to find most of our products and purchase through this easy channel.

No more hassle of visiting supermarkets only to find that the herbs and spices that you need is outta stock =(

With access to all of these ingredients, you are now equipped with what any other chefs have. Use our ingredients, whip up a fantastic dish, make everyone awe, and we will be proud.

 

Wanna know more about our company?

You can visit us at www.hexafood.com or here's a short story

Our company was established in 1997. From a humble setup of manual types of machinery, today fully automated grinding and packaging types of machinery are used to meet our growing business demands.

 

It is our goal to make "Krisanya" & "HEXA" household brands that define Quality, Affordability, and Taste.

We manufacture a wide range of products such as Spices, Seasonings, Marinates, Herbs, Flour & Curry Powder. Our current sales channels include the Retail (hypermarket, supermarket, mini market, etc), Food Service and Online too. Any question regarding our products, you can email us at hexafood@hexafood.com

That's it!

 

Our new Singapore online store offers variety of seasoning mix and authentic Indian spices. Get the highest quality herbs, ground mix spices and all the amazing fusion of flavours in our Singapore spice blend online store. Purchase your favourite seasoning mix from one of the best Asian spice shops. Check out our Blog and YouTube channel and find variety of recipes using taco meat seasoning mix, burger seasoning, chicken fry seasoning, vegan seasoning premix to add flavour and aroma to the foods. Let’s pick up the best condiments from your kitchen spice rack and make a nice home-cooked meal together. Bon Appétit!

 

For checking the Caviar Siberian Sturgeon recipe click on the link below:

https://www.ebaza.com.my/egg-with-caviar-recipe

 

 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box

1) HEXA Caviar Siberia 30g
*Satu tin 30g Caviar dibungkus dalam kotak Thermo Insulated pada Gel Ice pack dan dihantar melalui perkhidmatan kurier profesional.​*

Customer Reviews
Nadia

Sedap ni mudah sangat nak masak nasi daging, xpayah nak guna rempah lain. Masak sup pun sesuai guna rempah ni

19 February 2025
Mira Catalyea

Rempah jintan xinjiang ni wangi sangat bila kita masak. bagus sangat ada rempah siap camni.. hexafood ni memang faham sangat mak-mak busy ni. ada serbuk siap kerja mudah.

14 February 2025
Ayu

Breakfast oatmix, saya suka buat macam bubur sbb tak ada cranberry tu.

13 February 2025
Edayu

lebih mudah dan cepat kembang apabila di campur dengan susu berbanding lagi dua oatmix. Kalau nak buat overnight oat, saya lebih prefer Barley Fitplus ni.

12 February 2025
Natasya

oat ni sdp sbb dah ada mcm2 kekacang dll. rolled oat ni jadikan perut knyg thn lama untuk berpuasa berbanding mkn nasi. rendam dlm air panas kejap, dah siap. kalau rasa nk lg sdp blh tambah susu kurma atau susu coklat.

10 February 2025
Akma

Senang betul la ada salted egg dah siap ni. kita ni kalau boleh nak cepat je..senang keje mak-mak.

10 February 2025
Hani

Black garlic tu best la. boleh makan macam tu je xde bau bawang pun. Letak dalam masakan best sebab ada rasa umami..jadi tak perlu letak perasa tambahan dah.

7 February 2025
Walynda

Kunyit Hexa memang cantik, warnanya mengancam!

6 February 2025
Cmeens Foodie

Cantik color Serbuk Kunyit Hexa wink

6 February 2025
Mei Ling

I already used it to make BBQ chicken with spaghetti. The spices in this gift set are really delicious and super easy to use! I really love the aesthetic concept~

4 February 2025
Linda

Bru cuba Black Garlic ni, sedapp la. Saya buat sup ikan tambah black garlic 

21 January 2025
Lee San San

When cooked in soup, the flavor had a slight sourness, but with the addition of meat and red dates, the taste was fine. The kids could accept it as well. Using it for soup should be okay. I haven’t seen anyone share other ways of cooking it.

17 January 2025
Nurul Razali

Dh buat dessert guna Hexa Barley Fitplus, sedapp! mkn dgn frozen yogurt ☺️
Cubalahhh

15 January 2025
Adilah

Saya suka gunakan Coconut Sugar dalam masakan dan minuman, boleh tak kalau saya suggest buat packaging botol lebih besar?

14 January 2025
Zaim

rasa real jintan, sesuai untuk BBQ gathering

13 January 2025
Elina

Saya suka Sichusan Mala Seasoning ni, tak pedas sangat...

10 January 2025
Aziehealthy

Sy selalu buat overnight oat je, tapi barley fitplus ni lagi sedap dr oat biasa and lagi kenyang lama. 

Terbaekk hexa buat produk ni, boleh bantu ramai individu yang nak lose weight.

3 January 2025
Pretika

Oat dan Barley flakes tu bukan sahaja ada kepingan Barley tapi ada kekacang dan buah cranberry kering. Best dan tak rasa mual kalau nak ambik setiap hari. Saya biasa consume dgn susu, kadang jadikan granola mkn dgn yogurt wink

23 December 2024
Shanny

This is my first time trying Oat Mix Hexa and my family especially my kids, love it so much! heart

18 December 2024
Hartini

Paling suka coconut and strawberry flavour

4 November 2024